AdvetorialKongsi

Pemilihan Nora Danish & Elisya Sandha Jadi Duta Gattox Langkah Tepat, Jualan Cecah RM15 Juta

Selepas kejayaan produk Berryfull, jenama Inayah Beauty tampil mengeluarkan satu lagi makanan tambahan yang dua kali ganda memberi kesan penurunan berat badan iaitu Gattox.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi, pengeluaran  Gattox membuatkan pihaknya memilih terus dua selebriti popular iaitu Nora Danish dan Elisya Sandha sebagai duta bagi merasai sendiri penggunaan Gattox dan kedua-dua mereka adalah testimoni sebenar yang dipantau sepenuhnya pihaknya.

Secara tidak langsung, sepanjang setahun pengeluaran Gattox, Inayah berjaya mencapai sasaran iaitu RM15 juta kutipan jualan kasar iaitu bersamaan dengan 300 ribu balang yang terjual. 

“Testimoni Nora dan Elisya ternyata memberi impak besar apabila jualan Gattox melonjak naik sehingga 80 peratus.

“Ini merupakan salah satu kejayaan besar buat Inayah Beauty memandangkan Gattox baru sahaja menapak selama setahun di pasaran. Bagi saya bukan mudah untuk ketahap ini kerana seperti yang kita semua tahu, ramai pesaing diluar sana dan bukan mudah untuk menarik perhatian rakyat Malaysia untuk mencuba produk yang baharu,” katanya.

Bersempena dengan pembungkusan Gattox baru, ia dilancarkan menerusi acara Zumba With Nora Danish & Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, tambah Dini, pemilihan Nora dan Elisya sebagai duta Gattox juga kerana melihatkan kedua-dua selebriti ini mempunyai keistimewaan dan aura yang tersendiri. 

“Kalau melihat Elisya dengan mata kasar, kita boleh nampak dia sentiasa mendekatkan diri dia dengan peminat dan mereka dilihat akrab. Bekerjsama dengan Elisya ni sangat sangat memudahkan. Semua perkara menjadi mudah dan Elisya seorang yang sangat merendah diri. 

“Itu yang membuatkan kita rasa she is the one sebab bukan mudah untuk dapat artis yang sikapnya macam ini. Tak pernah berkira dan yang paling penting sikap Elisya memang sama macam Fasha Sandha. Sentiasa menepati waktu.

“Buat Nora pula, seorang yang sering menjadi duta antarabangsa, bila dia dia bersetuju  untuk menjadi duta ia merupakan satu keistimewaan yang paling besar dalam Inayah Beauty.

“Kebetulan Nora pada waktu itu berkongsi bahawa dia memang menggunakan produk Berryfull sebelum ini untuk masalah pembuangan. Dan sekarang, dia sudi untuk amalkan Gattox pula untuk turunkan berat badan. Selepas beberapa bula Nora bersama Gattox, berat badannya dari 60kg turun ke 48kg,” ujarnya.

Gattox adalah minuman campuran berperisa Apple Cider yang membantu membakar lemak degil dan juga mendapat menyelesaikan masalah kulit.

Mengenai syarikat, Inayah Beauty Sdn Bhd adalah sebuah  syarikat yang menghasilkan produk makanan tambahan iaitu Berryfull, Gattox dan Break Oat.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button