Cerita ArtisHiburan

Dapat Undian Lebih 1.5 Juta, Anugerah Gempak Most Wanted 2023 Jadi Milik Anna Jobling

Anugerah Gempak Most Wanted 2023 telah menjadi milik pelakon popular Anna Jobling dalan satu acara Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung semalam.

Lebih istimewa lagi, Anna berjaya menewaskan beberapa artis popular lain dengan menerima lebih 1.5 juta atau 1,549,083 undian daripada peminat yang mengundi sejak 17 Januari lalu.

Selain anugerah berkenaan, pelakon itu turut menggondol dua kategori lain iaitu anugerah Selebriti Digital Tergempak dan anugerah Sunsilk Rambut Boom.

Malah, drama lakonannya iaitu Melur Untuk Firdaus 2 dipilih sebagai Drama Tergempak, telah mengulangi sejarah Melur Untuk Firdaus musim pertama pada Gempak Most Wanted 2022.

Sementara itu, penyanyi popular Aina Abdul turut tersenarai antara pemenang anugerah apabila memenangi kategori Lagu/Audio Tergempak menerusi Jangan Mati Rasa Itu.

Turut mencuri perhatian apabila gandingan Khai Bahar dan Nabila Razali menerusi lagu Selagi Ku Ada pula telah dipilih untuk pemenang kategori Video Muzik Tergempak.

Selain itu, antara pemenang lain pada malam tersebut adalah Mikhail Imaan menerusi kategori Video Tergempak, Dr. Say Shazril (Digital Content Creator Motivator Tergempak) dan Pok Ro Gaming (Gamer Tergempak).

Tidak ketinggalan juga penyanyi terkenal Indonesia Melly Goeslaw pula menerima anugerah khas iaitu Hall of Fame. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button