Cerita ArtisHiburan

“Saya Tak Nampak Sebab Dia Tak Berkemampuan” – Abby Abadi Yakin Aslam Tidak Mampu Berpoligami

Baru-baru ini kecoh mengenai berita yang membabitkan anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa sudah berkahwin dengan Aslam di Thailand.

Lebih menarik perhatian apabila Aslam pula dikatakan masih lagi berstatus sebagai seorang suami sewaktu menikahi Marissa tanpa pengetahuan ahli keluarga kedua-duanya.

Setelah agak lama mendiamkan diri, akhirnya Abby menerusi satu video interview bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat kenyataan bahawa dia yakin Aslam bukanlah seorang yang ada kemampuan untuk berpoligami.

“Aslam bukanlah orang yang boleh berpoligami. Saya tak nampak sebab dia tak berkemampuan.

“Keluarga pun tak tahu dia (Marissa) berhubung dengan lelaki yang sekarang ni,” ujarnya.

Pada masa sama, Abby juga memaklumkan dia dan suami mula menyedari perubahan sikap anaknya itu yang diluar jangkaan mereka sebagai ibu bapa kepada Marissa.

“Anak tu daripada kecik dengan saya. Anak saya tak macam yang sekarang. Saya rasa ada sesuatu yang membuatkan anak saya tu macam berpusing 360 darjah, macam bukan dia.

“Benda itu di luar jangkaan. Kami dah jaga sehabis baik. Saya tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia boleh berubah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button