EventHiburan

Album ‘Luar Radar’ Tampilkan Karya 14 Pengkarya Muzik Independent Tempatan Berpaksikan ‘Muzik Itu Universal

Dari studio yang sama menerbitkan PEKIK (filem dokumentari & album kompilasi), kini hadir sebuah lagi naskah terbaru yang diberi nama ‘Luar Radar’.

Membariskan 14 pengkarya indipendent tempatan, ‘Luar Radar’ adalah satu lagi usaha Stereo Pixels untuk mengangkat pemuzik-pemuzik independent yang ada di Malaysia – khususnya yang berpotensi untuk diketengahkan ke dalam pasaran muzik tempatan – tetapi berada di luar radar pendengar muzik di Malaysia.

14 pengkarya yang terlibat di dalam naskah kali ini ialah Private Whizz, Yon.Dershore, Dekwa, Dish, Insecure, Motherland, Centjar, Danial Afif, Hunky-Dory, Persis, Jsuono, Avalanche, Nervedeless dan Pickcell.

Dengan berpaksikan frasa ‘Muzik itu Universal’, pelbagai genre muzik telah disatukan di dalam naskah yang cukup istimewa ini – dari muzik santai yang menyegarkan hinggalah ke muzik berat yang mesra ‘moshpit’.

Dengarkan alunan modern rock bertenaga dari Private Whizz dan Dish, kreativiti muzik fusion dari Dekwa dan Jsuono, experimentasi muzik dari Yon.Dershore, pop rock mesra radio dari Persis dan Danial Afif, ekspresi berteras akustik dari Hunky-Dory, Centjar dan Motherland, jiwa 90’s rock dari Avalanche dan Nervedeless serta hentakan muzik berat dari Insecure dan Pickcell.

“Satu kompilasi berbagai genre yang sangat menyegarkan. Kompilasi yang menjanjikan beberapa melodi serta nyanyian sedap, yang saya tidak duga. Terpegun saya. Masih ada harapan lagi industri kita”, Rom Mohd Nor (ROTTW).

Album ‘Luar Radar’ kini telah diluncurkan ke dalam semua platform digital (Spotify, Apple Music,YouTube Music) bermula pada 24 Februari 2024 (24/2/24).

Untuk menzahirkan sokongan padu kepada pengkarya terlibat, pendengar juga boleh mendapatkan ‘merch’ dan CD fizikal ‘Luar Radar’ melalui laman web https:// luarradar.stereopixels.com

Penerbitan album ‘Luar Radar’ ini telah disokong oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) yang menerajui inisiatif ‘Sustainable Development Goals’ (SDG) di Malaysia. Usaha ini merupakan program SDG melalui muzik yang pertama dianjurkan seumpamanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button