Cerita ArtisHiburan

Yuna Kongsi Tips, Akan Makan Pisang Untuk Elak Rasa Gementar Sebelum Persembahan

Biarpun sudah 15 tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian sehingga membawa dirinya melebarkan sayap ke Amerika Syarikat, penyanyi popular Yuna mengakui masih ada rasa gementar setiap kali sebelum membuat persembahan.

Yuna berkata, perasaan itu akan hadir kerana baginya setiap kali muncul di pentas juga bermakna akan ada dalam kalangan khlayak kali pertama menonton dirinya.

“Bila buat persembahan, confirm akan gementar. Saya sudah 15 tahun membuat persembahan tetapi setiap show is a different and unique show.

“Tak boleh samakan sebab bagi saya bila say perform, ada yang tak pernah tengok. Kali pertama buat mereka. Saya nak bagi a good fist impression buat mereka. Gementar kat situ.. lepas tu dah ok,” ujarnya.

Pada masa sama, penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Terukir Di Bintang itu turut berkongsi tips dirinya untuk mengawal rasa gementar berkenaan.

“Satu trick yg ramai artis buat termasuk saya sendiri adalah sebelum show saya akan warm up dan makan pisang, sebab pisang bantu untuk relakskan diri dari gementar,” katanya.

Sementara itu, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai itu turut melahirkan rasa teruja kerana bakal beraksi dalam Festival Supalapa di Resort World Awana, Genting Highlands pada 2 dan 3 Mac ini.

“Untuk acara itu nanti, persembahan saya akan berlangsung dalam durasi sejam dan ia ibarat kesinambungan show Yunaverse tempoh hari. Ada set lagu yang sama cuma sebab masa untuk festival pendek sikit jadi kita cuba untuk compresskan untuk sejam.

“Kejutan pula mungkin kepada siapa yang tak pergi Yunaverse tempoh hari, akan jadi kejutan buat anda. Tak boleh reveal banyak. Hopefully a fun show for everyone,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button