Cerita ArtisHiburan

Ippo Hafiz Fail Nusyuz, Isteri Sudah Empat Bulan Tidak Pulang Ke Rumah

Tanggal 1 Ramadan telah memberikan ujian buat penyanyi dan komposer popular, Ippo Hafiz apabila memfailkan nusyuz terhadap isterinya.

Menerusi laporan portal mStar, Ippo bertindak sedemikian setelah isterinya, Fara Roslan sudah empat bulan tidak pulang ke rumah.

“Saya memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri saya kerana isteri saya keluar rumah dari rumah tanpa izin sejak dari November tahun lalu.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan daripada pihak saya, jadi ini adalah satu langkah yang perlu saya buat sebagai suami,” katanya

Ippo berkata demikian ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan pertama kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, manakala Fara tidak hadir pada sebutan pertama yang berlangsung itu.

Dalam pada itu, Ippo juga enggan mengulas lanjut dan hanya memohon doa ramai agar urusan mereka dipermudahkan.

“Siapa yang nak diuji begini? Saya pun tidak sangka, kami akan pergi sejauh ini. Sebagai seorang suami memang saya tak jangka saya akan lalui semua ini.

“Saya mohon agar semuanya dipermudahkan dan akan berjalan dengan lancar. Saya memang tak boleh berkongsi apa yang berlaku kerana ini membabitkan nama baik keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Ippo juga memaklumkan bahawa Fara telah memfailkan cerai terhadap penyanyi berkenaan.

“Bila kami mahu failkan hak penjagaan anak-anak baru-baru ini, kita dapat maklumat pihak sana failkan cerai dan hadanah,” jelasnya.

Ippo juga memaklumkan salah seorang anak mereka kini di bawah jagaannya dan seorang lagi berada bersama isteri.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: portal mStar Online

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button