HiburanSelebriti

“10 Malam Terakhir Kejar Lailatur Qadr, Kamu Lancarkan Video Lagu Bodoh Tak Berakhlak!!!” Bonda Rozita Kecewa Terhadap Aliff Syukri

Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim atau Bonda Rozita meluahkan rasa kecewa terhadap anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri berhubung muzik video lagu raya baharu anaknya itu.

Menerusi satu luahan di akaun Instagram, Rozita menyelar tindakannya Aliff yang dilihat seperti menghina diri demi sebuah kandungan.

“Jangan hinakan diri untuk sebuah konten. Apa ada dengan lagu raya!!! Dia haram tetap haram sudah sudah lah tu. 10 malam terakhir kejar lailatur Qadr kamu lancarkan vid lagu bodoh xberakhlak ..!!

“Mana malu ..?? Mana letak maruah .. ambik peluang hidup cari kemanisan dan kesungguhan taubat kri. Maaf Mak tegur terbuka – Mak tak kuat kri dah – Orang cakap mak tak didik anak – Nak ke jadi orang kaya tapi miskin jiwa dan sensitivity,” luahnya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar anaknya itu segera memadamkan video berkenaan dan mengarahkan agar Aliff tidak menghasilkan lagi lagu raya.

Jelasnya, dia mahu anaknya menghormati bulan yang mulia dan tidak menjadi orang yang nama sahaja Islam, tetapi tidak mencerminkan akhlak Islam.

“Semua orang tak suka tengok, jangan jadi orang yg nama Islam tapi tak cerminkan akhlak Islam. Delete semua video tu!!! Jangan malukan Mak kri @aliffsyukriterlajaklaris delete lagu tu, mak tegur secara terbuka ..!! Kalau kamu sayang mak delete – stop – hentikan selamanya jangan ada lagi lagu raya.

“Hidup mak dah akhir-akhir kri, sangat tak bahagia begini… Ramdhan kri. Hormatilah bulan mulia. Kamu anak harapan Mak kri yg selalu ada hiburkan Mak. Tapi ni bukan mak nak jadi begini – saat mak mati nanti kri, kri yg solat jenazah mak ..!! Betulkan agama kamu quran kamu – Niat kamu

“Kalau ini cara kri , didunia lagi Mak sakit dgn hinaan org pada Mak. Kri bukan anak xbaik ..sangat baik dgn Mak .. Tp dgn Allah kri kena usaha lebih buat kebaikan.!! Kasihani Mak kri @aliffsyukriterlajaklaris Mak rayu sebagai Mak berhentilah dr berbuat begini rosak akhlak dan agama,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button