HiburanSelebriti

Aliff Syukri Akhirnya Akur Permintaan Ibu, Sudah Padam Sedutan Video Lagu Raya Baharu Nyanyiannya

Usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya akur dengan permintaan ibunya untuk memadam sedutan video lagu raya baharunya nyanyiannya di media sosial.

Menerusi satu video yang dimuat naik,

“Kepada mak saya… kepada semua masyarakat netizen yang menonton video saya tu. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

“Memang saya kecil hati, saya dah buat susah-susah. Saya dah bayar puluhan ribu kepada penari dan kareografer, tetapi uols tak tengok pun lagi video klip tu dah kecam melampau-melampau,” luahnya.

Sebelum ini, ibu kepada Aliff iaitu Bonda Rozita telah mengecam tindakan berkenaan dan meminta anaknya itu memadam video tersebut yang turut dikritik netizen.

Menurut usahawan itu lagi, meskipun kecewa dia tidak mahu bersedih dan enggan memarahi mana-mana pihak dan hanya menyalahkan dirinya sahaja.

“Saya dah delete video tu… padahal ramai lagi orang buat video pelik-pelik tapi tak ada isu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

https://www.instagram.com/reel/C5NFir7vNjb/?igsh=MWI0NnFsMmlmOXZkZw==
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button