Cerita ArtisHiburan

“Memang Tidak Kenal Pun…” – Elle SMDX Teruk Dikecam Gara-Gara Tak Kenal Kumpulan Dolla

Salah seorang anggota kumpulan pop wanita yang semakin dikenali iaitu SMDX (Sumandax), Elle Thong mendapat kecaman pelbagai pihak susulan dirinya yang mengakui tidak mengenali kumpulan Dolla.

Kenyataan berkenaan dibuat ketika dia menjawab beberapa soalan, termasuk mengenai fesyen yang ditanyakan kepadanya dalam satu sesi live yang berlangsung baru-baru ini.

“Memang ada haters yang kecam dan cemburu, tetapi ada saya kisah? Mental saya sudah cukup di latih. Lagu mereka tidak kecam tetapi pakaian? Mungkin mereka (netizen) tidak tahu moden kan.

“Eh dia orang ini mencabar Dolla. Siapa Dolla? Saya tidak kenal Dolla. Mungkin DV dan Crystal (dua ahli SMDX yang lain) kenal lah, saya tidak. Bukan kata saya sombong, tapi memang tidak kenal pun,” ujarnya.

Ternyata, ia mendapat kecaman netizen, termasuk dari Sabah sendiri dengan menganggap Elle membuat kenyataan yang dilihat seperti angkuh dan tidak menghormati Dolla yang lebih awal menempa nama.

Malah, perkara tersebut turut menarik perhatian penerbit dan komposer Julfekar yang menyatakan ahli kumpulan SMDX itu perlu ada latihan untuk menjawab soalan.

“Belum apa-apa lagi sudah ada ‘attitude problem’. Baru satu lagu release, itu pun bukan lagu diorang sendiri, lagu revival lagu orang ja pun, sudah jadi buduh sumbung. Cara menjawab tu biarlah nampak cerdik dan humble bah. Nda rugi merendah diri.

“Ini cara menjawab tu bah..aduiina… patutlah kena kecam. Kena training PR kamu ni. Bikin rusak nama SMDX ja. Kali..rasanya SMDX kena kick dia dari group. Janganlah bikin malu urang Sabah,” ujarnya.

Terdahulu, kumpulan SMDX berjaya mencuri perhatian terutama di platform TikTok selepas mereka melancarkan lagu berjudul Original Sabahan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button