Cerita ArtisHiburan

“Bila Masa Berbaik…?” – Didi Astillah Nafi Kakaknya Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz

Adik kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah, Didi Astillah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kakaknya itu sudah berbaik dengan suami, Aliff Aziz.

Menerusi satu sesi live di TikTok, Didi menegaskan bahawa kakaknya itu masih lagi dengan pendirian mahu meneruskan kes penceraiannya.

“Bella dan dia tidak berbaik. Bila masa berbaik? Berhubung pun tidak.

“Nak berbaik macam mana? Memang nak cerai,” katanya.

Pada masa sama, Didi turut berasa bengang apabila netizen mula menyerang dan mengutuk kakaknya itu selepas berita mengenai dakwaan tersebut tersebar.

Jelasnya, kakaknya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sudah berbaik dengan Aliff dan dia akan menentang sekeras-kerasnya jika ia benar-benar terjadi.

“Kakak saya tak ada keluarkan kenyataan yang beritahu mereka sudah berbaik. Saya pun bengang bila nampak artikel itu kata berbaik, suka hati saja.

“Kalau berbaik, saya orang pertama mengamuk dengan kakak saya. Saya akan jadi wakil netizen, jangan risau. Saya tak tahu siapa buat cerita…kalau tahu, saya akan hubungi dia. Mulanya saya ingat nak biarkan saja tapi bila ramai sangat, saya jadi geram pula,” luahnya.

Sebelum ini, timbul khabar angin kononnya Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, sudah berbaik dengan Aliff.

Bella kemudian tampil menafikan dakwaan tersebut selain meminta agar tidak ada pihak yang memutar belit kenyataannya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button