Cerita ArtisHiburan

Akui Suka Lelaki Kelakar… Sophia Albarakbah Tidak Gemar Lelaki Curang, Penipu & Panas Baran

Pelakon yang semakin meningkat naik, Sophia Albarakbah menarik perhatian peminat apabila menyatakan ciri-ciri lelaki kegemarannya.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Sophia menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik di Insta Story berkenaan pertanyaan seorang individu sama ada dia menyukai lelaki kelakar atau tidak.

“Suka, tapi lagi suka kalau dia bukan penipu, tak curang, dia buat saya rasa lebih selamat, benar-benar menyintai saya, bijak, jujur, matang.

“Bertanggungjawab, memahami, tak baran, bercakap lemah lembut, romantik, sentiasa memberi sokongan, mempertahankan saya, mengutamakan saya…” tulisnya.

Selain itu, pelakon filem Saka Perawan itu juga menyatakan menyukai lelaki yang dekat dengan agama dan mengutamakan keluarga serta menyayangi binatang.

“Yang mementingkan penjagaan kesihatan, tidak menggunakan dadah, bijak berkomunikasi, suka kepada kanak-kanak, tidak lari daripada sebarang konfrontasi,” jelasnya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button