Cerita ArtisHiburan

Elak Timbul Penyakit ‘Ain’, Elvina Mohamad Kini Jarang Muat Naik Gambar Suami & Anak Di Media Sosial

Pelakon popular, Datin Elvina Mohamad menyatakan kini dia memang jarang memuatnaik gambar suami dan anaknya di platform media sosial.

Elvina berkata, dia bertindak demikian kerana enggan menimbulkan penyakit ‘ain’, selain mengelak untuk netizen memberikan komen-komen negatif dalam setiap perkongsian.

“Dulu saya memang selalu kongsi apa sahaja gambar dan video dan rasa gembira, tetapi orang akan sentiasa mencari kesalahan. Jadi, saya rasa lebih elok saya kurangkan perkongsian di media sosial.

“Kalau ikutkan saya masih lagi upload, cuma dah agak kurang. Sekarang saya tengok pun kebanyakan selebriti dah kurang share di media sosial yang berkaitan aktiviti keluarga,” ujarnya.

Elvina berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya, Ternyata Sebuah Bahagia yang berlangsung semalam.

Pelakon itu berkata, sekarang ini lebih kerap berkongsi mengenai diri sendiri di media sosial, terutamanya yang membabitkan kerja.

“Biasanya kalau orang kecam pun, contohnya tentang pakaian saya. Kecaman itu hanya tuju kat diri sendiri sahaja tanpa membabitkan suami dan anak.

“Rasanya lebih sakit hati kalau kecaman untuk membabitkan keluarga kita, terutama sekali anak-anak. Sedangkan mereka tak tahu apa-apa pun,” jelasnya.

Pada masa sama, Elvina turut mengakui suaminya akan marah apabila membaca setiap komen-komen negatif yang dilemparkan netizen.

“Sehinggakan saya terpaksa melarang suami untuk membaca setiap komen. Kalau boleh, biarlah saya sendiri yang hadap komen-komen sebegitu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button