EventHiburan

Fazley Perkenalkan Aplikasi Permainan Chef Fazley’s Kitchen

Penyanyi, pelakon dan cef terkenal, Datuk Fazley Yaakob telah memperkenalkan satu aplikasi permainan masakan atas talian iaitu Chef Fazley’s Kitchen.

Menurut Fazley, aplikasi berkenaan sudah mula diperkenalkan sejak bulan Disember 2017 setelah mengambil masa setahun untuk membangunkannya menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan Komet Digital.

“Idea untuk membangunkan aplikasi permainan timbul setelah melihat sendiri cef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay yang muncul dengan aplikasi masakan sendiri.

“Pada masa sama, saya lihat belum ada lagi mana-mana cef dari Asia yang mempunyai aplikasi sebegini dan saya merasakan ini adalah peluang terbaik untuk saya meluaskan lagi jenama Fazley Yaakob,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Majlis Dapur Kecoh Masterchef Dato’ Fazley Yaakob Bersama Media yang diadakan di restoran miliknya, Suka Sucre Bistro baru-baru ini.

Ujar pemenang program Masterchef Selebriti itu, aplikasi Chef Fazley’s Kitchen kini sudah boleh dimuat turun secara percuma menerusi peranti Android atau iOS.

Dalam pada itu, menjelaskan lebih lanjut mengenai aplikasi berkenaan, Fazley menyatakan ia sekali gus dapat mempromosikan masakan tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Secara jujurnya saya tidak mendapat sebarang keuntungan wang ringgit dengan pembangunan aplikasi ini, tetapi apa yang lebih penting orang luar dapat mengetahui ciri khas kulinari tempatan.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa pada hari pertama aplikasi ini dilancarkan, ia telah mencecah hingga ribuan muat turun daripada peminat yang ingin bermain permainan ini,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button