Cerita ArtisHiburan

Nedim Nazri Akhirnya Tidak Datang Jumpa Bapanya Di Matic

Pihak media hampa apabila kelibat suami pelakon Nora Danish, Nedim Nazri tidak kunjung tiba selepas lebih tiga jam menunggu di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur.

Nazri sebelum ini berkata beliau mahu mengadakan pertemuan dengan anaknya itu berikutan dakwaan Nedim telah membuat serangan buli siber terhadap ibu tirinya, Datin Seri Haflin Saiful.

Pertemuan itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada jam 12 tengah hari tadi.

Nedim ketika dihubungi media tidak menjawab telefon bimbit miliknya.

Menerusi perbualan dengan seorang pengawal keselamatan di sini, difahamkan menteri tersebut sedang menghadiri mesyuarat di sini sejak dari tengah hari tadi.

Sementara itu, menerusi tinjauan KopiPlanet.com di laman Insta Story Nedim pada jam 1 petang tadi, dia dilihat sedang menjamu selera di rumahnya.

Sebelum ini, Nedim telah dicabar oleh bapanya agar bersemuka dengannya selepas beberapa siri ‘pergaduhan’ di antara Nedim dan ibu tirinya itu tercetus di media sosial. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Nedim

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button