Cerita ArtisHiburan

Aisyah Aziz Tak Kisah Berpeluk, Hanya Jadi Diri Sendiri

Penyanyi Aisyah Aziz menyatakan dia tidak kisah untuk berpelukan dengan rakan artis bagi menjayakan sesuatu babak romantis.

Terbaharu, penyanyi kelahiran Singapura itu menjayakan sebuah drama mini bersiri bagi mempromosikan lagu duetnya bersama penyanyi Indonesia, Rizky Febian yang berjudul Indah Pada Waktunya.

“Saya seorang yang friendly dan memang tidak rasa yang berpelukan (dengan bukan muhrim) itu merupakan satu kesalahan. Kalau saya di luar pun memang dengan kawan-kawan kalau berjumpa akan berpeluk sebab saya memang ramah dengan cara sebegitu. Saya hanya menjadi diri sendiri.

“Jika ia melibatkan hal berkaitan kerjaya, saya hanya perlu jadi profesional bagi mendapatkan hasil yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single Indahnya Pada Waktu di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

Menerusi enam episod drama mini bersiri itu, Aisyah dan Rizky melakonkan watak pasangan kekasih yang menuntut mereka beraksi romantis termasuk adegan berpelukan.

Memandangkan single Indah Pada Waktunya memerlukan dia berlakon sebagai salah satu daripada cara mempromosikan lagu tersebut, Aisyah berkata dia kini terbuka untuk mencuba bidang lakonan pula selepas ini.

“Ketika ini saya masih lagi meletakkan bidang nyanyian sebagai keutamaan, tetapi di samping itu saya terbuka dengan tawaran lakonan.

“Bercakap mengenai impian pula saya teringin nak berlakon teater muzikal, yang mana ia lebih sesuai dengan saya yang bergelar seorang penyanyi dan juga penghibur,” ujarnya lagi yang mendapat pujian menerusi lakonannya dalam drama mini bersiri tersebut.

Indah Pada Waktunya diterbitkan Net Entertainment dengan kerjasama Paranormal Studios.

Ketika ditanyakan mengenai statusnya kini, Aisyah hanya menjawab dia sedang mengenali hati budi seseorang, namun mengambil pendekatan enggan mendedahkan identiti jejaka tersebut.

“Semua orang pun tahu saya memang seorang yang privasi dan tidak suka untuk berkongsi mengenai kehidupan peribadi saya kepada umum.

“Saya hanya akan kongsikan perkara itu sekiranya jodoh saya memang sudah sampai. Kalau belum selagi ke tahap itu, memang saya tak suka berkongsi,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button