
Brooklyn & Chloe Kembali Mesra, Tak Kisah Gambar Diambil Paparazi
Meskipun hubungan Brooklyn Bechkam dan Chloe Moretz sering putus beberapa kali dan kembali bertaut semula, namun mereka membuktikan hubungan kedua-duanya semakin kukuh.
Malah, pasangan ini dilihat secara terang-terangan memaparkan kemesraan mereka di hadapan umum. Misalnya, ketika meraikan ulang tahun kelahiran Chloe tang ke-21.
Dikhabarkan bahawa paparazi sempat mengambil gambar pasangan itu yang kelihatan jalan sambil berpimpin tangan dengan begitu mesra di hadapan umum.
Lebih menarik lagi, biarpun menyedari gambar mereka dirakam pihak media, tetapi anak lelaki kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham dan kekasihnya itu seperti tidak mengendahkannya.
Ketika berjalan menuju ke sebuah restoran, kedua-duanya dilihat terus berpimpin tangan. Sewaktu hendak tiba di restoran berkenaan, Brooklyn sempat mencium tangan kekasihnya.
Ternyata situasi ini begitu menggembirakan peminat-peminat Brooklyn dan Chloe yang mahukan hubungan mereka terus berkekalan. – KopiPlanet.com