Pelakon popular, Uqasha Senrose meluahkan rasa kesalnya terhadap bekas suaminya, Kamal Adli yang masih lagi membangkitkan kisah penceraian mereka.
Dalam satu posting di akaun @Thread miliknya, Uqasha menyatakan dirinya sendiri sudah tidak mahu lagi menyentuh tentang perkara berkenaan.
“Allahu … rasa nya tak perlu nak cerita masa kejadian masa shooting . benda dah lps lama n sy pun sikit tak sentuh nk buat org simpati ke apa . untuk apa ?
“Sudah la sy dah tk sentuh langsung dah selepas dah bercerai . ikut kn setiap manusia ada down dia tapi pernah ke saya nk share , sikit sikit nk share nk org kesian ke …? sudahla,” jelasnya.
Baru-baru ini, Kamal ada membuat kenyataan kepada pihak media bahawa dirinya enggan kes cerai mengganggu emosinya sepanjang penggambaran ‘Takluk 2: OP Daulat’.

Dalam kenyataan yang dibuat, pelakon berkenaan memberitahu dia terpaksa melupakan seketika emosinya yang ketika itu sedang berdepan kes perceraian.
Pada masa sama, Uqasha juga menegaskan dirinya tidak pernah membuat sebarang kenyataan selepas penceraian mereka untuk meraih simpati.
“I am , but why everytime everytime nak kena cerita lagi n lagi n lagi ? awak sorang ke ada perasaan sedih ? sy tak perasaan ke dgn org tak hbs2 masih lagi nk banding2 kan ?
“Im a human being too but penah ke after cerai , i keluar kn apa2 statement untk orang rasa kesian untk I ?,” ujarnya. – KopiPlanet.com




