Cerita ArtisHiburan

“Tak Adil Kedai Saya Sahaja Yang Kena” – Aliff Syukri

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman melahirkan perasaan kecewanya susulan meja di kedai makannya, Romah Makan Terlajak Laris yang terletak di Kota Damansara dirampas pihak berkuasa semalam.

Menurutnya, disebabkan dirinya sentiasa menjadi tumpuan ramai, apa sahaja yang dilakukannya pasti akan sentiasa diperhatikan ramai.

“Saya merasakan benda itu tidak adil bagi pihak saya. Saya dikenakan tindakan sebegitu rupa sebab apa sahaja yang saya lakukan jadi tumpuan. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan perlu memberikan memo terlebih dahulu, bukannya terus merampas meja-meja tersebut.

“Saya mengaku salah dalam hal ini, tetapi kenapa saya tengok banyak kedai mamak dan kedai-kedai makan lain yang tidak diambil tindakan seperti yang dibuat ke atas restoran saya?

“Saya buka meja tambahan di laluan kaki lima kedai pun adalah demi tujuan baik yang mana saya tidak mahu pelanggan warga emas dan wanita mengandung menunggu terlalu lama untuk mendapatkan meja di restoran,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran single Nur Sajat, Makhluk Penggoda di The Ame Soeur, Bukit Jalil hari ini.

Sementara itu, walaupun dikenakan kompaun, Alif berkata pengalaman pahit dalam meniaga makanan itu tidak sesekali mematahkan semangatnya.

Malah, beliau akan melancarkan dua lagi cawangan restorannya di Setia Alam dan Sungai Buloh.

“Walaupun dikenakan denda, ia langsung tidak mematahkan semangat saya. Lepas ini saya akan lancarkan dua lagi cawangan Romah Makan Terlajak Laris,” ujarnya.

Berbalik kepada single Makhluk Penggoda, Aliff membuat penampilan istimewa dalam lagu ciptaan Aepul Roza dan lirik oleh Iman Imran. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button