AntarabangsaHollywood

Zayn Malik Putus Dengan Gigi Hadid Lepas 2 Tahun Bercinta

Penyanyi terkenal, Zayn Malik dilapor telah berpisah dengan teman wanitanya, model popular Gigi Hadid.

Zayn yang merupakan bekas ahli kumpulan One Direction mula bercinta dengan Gigi sejak dua tahun lalu.

Peminat turut melahirkan kesedihan mereka di atas perpisahan pasangan yang digelar ZiGi itu.

Zayn dan Gigi mengumumkan perpisahan mereka secara terbuka menerusi laman Instagram dan Twitter masing-masing.

Walaupun sudah tidak lagi bersama, mereka menyatakan akan terus kekal bersahabat baik.

Sepanjang menjalinkan percintaan, Zayn dan Gigi sering kali berkongsi gambar mesra mereka di laman sosial malah pernah muncul di muka hadapan majalah Vogue bersama-sama. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button