AntarabangsaHollywood

Miley Cyrus, Liam Hemsworth Semakin Hampir Berkahwin

Pasangan popular Hollywood, Miley Cyrus dan tunangnya, Liam Hemsworth kini dilaporkan sedang rancak mengadakan persiapan bagi meraikan hari bahagia mereka.

Walaupun pernah berpisah sebelum ini namun pasangan itu kali ini kelihatan sangat serius untuk mendirikan rumah tangga dan menjalani kehidupan berkeluarga.

“Mereka dilamun cinta sejak sembilan tahun dan sudah lama sebenarnya ingin melangkah ke fasa seterusnya namun sebelum ini ada pelbagai halangan antaranya kerjaya mereka.

“Kini mereka sudah merancang untuk melangkah ke jinjang pelamin namun ia akan dilakukan secara tertutup,” kata satu sumber memetik laman Celebrity Insider.

Bagi mempersiapkan dirinya untuk bergelar isteri, Miley dikatakan sudah mula berhenti daripada menghisap ganja yang selama ini menjadi tabiatnya.

“Bagi mengambil hati bakal mertuanya, Miley sudah pun berhenti daripada mengambil barang-barang terlarang. Ibu bapa Miley juga sangat bersetuju dengan bakal suami yang bakal dikahwini anak kesayangan mereka itu,” kata sumber itu lagi.

Khabar angin mengenai persiapan perkahwinan mereka mula tersebar selepas kedua-duanya mula memakai cincin yang sama di jari manis masing-masing, baru-baru ini.

Menurut sumber itu lagi, Miley teringin mengadakan majlis perkahwinan idamannya di sebuah ladang.

“Miley merupakan seorang yang sangat perahsia. Dia hanya akan bercerita kepada rakan-rakannya ketika majlis itu semakin hampir sahaja. Penyanyi itu mahu memastikan segalanya berjalan seperti mana yang diidamkannya,” kata sumber itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button