Cerita ArtisHiburan

Awi Rafael Kenal Atikah Ketika Masih Bercinta Dengan Hanez Suraya

Penyanyi kelahiran Singapura Awi Rafael mendedahkan bahawa perkenalan dengan tunangnya, Atikah Suhaime berlaku lapan tahun lalu ketika dia masih bergelar kekasih kepada pelakon Hanez Suraya.

Bagaimanapun Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, berkata hubungannya dengan Atikah semakin serius sejak lima bulan lalu.

“Sebenarnya saya kenal Atikah sejak lapan tahun lalu. Ketika itu saya masih kekasih kepada Hanez Suraya.

“Tapi kami hanya kenal dan berhubung sebagai kawan sahaja. Namun lima bulan lalu, saya dan dia semakin rapat dan mula merancang untuk ke arah yang lebih serius,” kata Awi kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media Gema Gegar Vaganza musim kedua di ibu kota, hari ini

Menerusi pertandingan itu, Awi akan bersaing dengan 10 lagi selebriti termasuk kumpulan Brothers, InTeam, Devotees, pasangan duo Heliza dan Hazwani serta empat lagi peserta solo iaitu Ippo Hafiz, Adeep Nahar, Fitri Haris dan Farah Asyikin.

Menurut Awi lagi, sifat penyabar dan tenang serta sentiasa mendahulukan keluarga membuatkan hatinya terpikat dengan tunangnya itu.

“Atikah seorang yang sangat penyabar dan tenang orangnya. Dia juga sentiasa positif, seorang yang baik serta mementingkan keluarga dalam segala hal membuatkan saya lagi bertambah terpikat dengan dirinya,” katanya lagi.

Awi juga ada mencipta sebuah lagu istimewa berjudul Rahasiaku yang didedikasikan khas buat tunangnya itu.

Lagu tersebut akan dimuatkan dalam album studio terbaharu Awi berjudul Euphoria yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Ya, saya cipta lagu Rahasiaku untuk Atikah. Saya rasa sudah sampai waktunya untuk bergerak ke arah yang lebih positif berkenaan jodoh. Alhamdulillah perjalanan itu dipermudahkan,” kata Awi yang sudah menetapkan tarikh pernikahan pada 17 Mac tahun hadapan.

Awi dan Atikah bertunang pada 17 Mac lalu di Royal Palm Singapura. Majlis itu turut dihadiri keluarga dua belah pihak serta rakan rapat kedua-dua selebriti itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button