
Polis Tolak Kematian Avicii Ada Kaitan Dengan Unsur Jenayah
Pihak berkuasa Oman menolak kaitan unsur jenayah berhubung kematian dj Avicii, baru-baru ini.
Avicii atau nama sebenarnya, Tim Bergling, 29, ditemui mati di Muscat, Oman Jumaat lalu.
Setakat ini pihak polis masih belum mendedahkan punca kematian dj yang cukup terkenal dengan lagu Wake Me Up itu.
“Setakat ini sudah dua bedah siasat dilakukan dan kami yakin tiada sebarang unsur jenayah melibatkan kematian Avicii,” kata sumber polis dipetik CNN.
Ahli keluarga Avicii kini dilaporkan berada di Oman bagi menguruskan pengebumian mendiang yang dijangka dibawa balik ke negara kelahirannya, Sweden.
Sementara itu, ribuan peminat berhimpun di Stockholm, Sweden bagi memperingati Avicii yang merupakan antara selebriti popular yang pernah dilahirkan negara itu.
Mereka mengambil kesempatan itu bertafakur mengenang detik-detik manis Avicii sepanjang melibatkan diri dalam bidang seni.
Walaupun punca kematian tidak didedahkan namun ramai percaya Avicii meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan.
Dia sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit kerosakan pankreas disebabkan tabiatnya yang ketagih minuman beralkohol. – KopiPlanet.com