Cerita ArtisHiburan

Lan Solo Terpaksa Padam Komen Elak Netizen Terus Berbalah

Penyanyi Lan Solo menyatakan dia terpaksa memadam setiap komen negatif netizen yang mengutuk fizikal anaknya di laman sosial. 

Menurut bekas vokalis kumpulan Kristal itu, dia memadamkan komen berkenaan bagi mengelak perbalahan yang berlaku sesama netizen. 

“Pada mulanya saya dan isteri mahu biarkan sahaja komen-komen berkenaan. Lagipun banyak yang komen itu adalah budak-budak yang belum matang. 

“Bagaimanapun, saya lihat perkara ini jadi lebih besar bila ada netizen-netizen lain yang terus mengutuk individu yang memberi komen itu. Jadi, saya ambil keputusan untuk memadam sahaja komen-komen negatif,” ujarnya kepada KopiPlanet.com. 

Lan berkata demikian sewaktu majlis pelancaran single terbaharu penyanyi tersebut berjudul Berpisah Tanpa Rela yang berlangsung petang tadi. 

Pada 24 Februari lalu, Lan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Amna Quxandra. Namun begitu, bayi tersebut mengalami cleft lip atau sumbing. 

Dalam pada itu, Lan memberitahu anak perempuannya itu akan menjalani pembedahan pada 31 Mei nanti.

“Alhamdulillah, setelah menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan yang anak saya sudah boleh menjalani pembedahan untuk masalah sumbing tersebut,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button