AntarabangsaHollywood

Putus Dengan Chloe, Brooklyn Digosipkan Bercinta Dengan Pemuzik

Selepas sebulan putus cinta dengan pelakon Chloe Moretz, anak sulung David Beckham, Brooklyn kini hangat dikaitkan bercinta dengan seorang penyanyi, Lexy Panterra.

Menurut US Weekly, kedua-dua mereka dilihat bersama di sebuah restoran di New York minggu lalu.

“Sepanjang pertemuan itu, kedua-duanya sering berpegangan tangan dan ketawa mesra seolah-olah sedang asyik bercinta,” kata sumber itu.

Selepas menikmati makan malam, pasangan itu kemudian menari di sebuah kelab dan berkongsi ciuman di antara mereka.

Brooklyn dipercayai berkenalan dengan Lexy selepas penyanyi itu muncul dalam beberapa projek fotografi jejaka berusia 19 tahun itu.

Sebelum digosipkan bercinta dengan Lexy, Brooklyn terlebih dahulu dilihat berciuman dengan model majalah Playboy, Lexi Wood beberapa hari selepas putus dengan Chloe. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button