EventHiburan

Mak Cun’s Adventure! Aplikasi Mainan Diner Dash Versi Lokal

Populariti drama bersiri popular, Mak Cun berjaya menambat hati Media Prima Labs untuk menerbitkan aplikasi permainan atas talian, Mak Cun’s Adventure!

Mak Cun’s Adventure atau Diner Dash versi tempatan ini menampilkan karakter utama Mak Cun dalam menyiapkan pesanan para pelanggan di warungnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali, keistimewaan permainan ini adalah elemen lokal yang diterapkan ke dalamnya bagi mengangkat tema budaya Malaysia ke peringkat global bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, ‘From Rural to Global’.

“Kami di Media Prima Digital berasa terharu kerana diberi kepercayaan membangunkan permainan jenama Mak Cun yang kita semua tahu merupakan antara jenama drama TV yang popular di Malaysia.

“Mak Cun’s Adventure! berupaya memberi nilai tambah kepada jenama Mak Cun sekaligus membuktikan dedikasi kami dalam menjadikan Media Prima ‘the leading content company in Malaysia’,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Rafiq ditemui pada majlis pelancaran Mak Cun’s Adventure! di Restoran Subak, Sungai Penchala baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri pelakon dan pengarah drama Mak Cun, Erma Fatima dan penyanyi lagu OST drama tersebut, Betty Rahmad.

Aplikasi Mak Cun kini sudah boleh dimuat naik menerusi Playstore dan Apple Appstore. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button