Cerita ArtisHiburan

Mia Tak Pernah Terfikir Nak Berlawan Dengan Anzalna, Afifah

Walaupun mempunyai dua adik-beradik yang turut sama terlibat dalam bidang lakonan, pelakon Mia Nasir berkata dia dan kakak, Anzalna serta adiknya, Afifah sama sekali tidak pernah berlawan di antara satu sama lain.

Menurut Mia, mereka bertiga saling menyokong dan memberi dorongan seperti mana kebiasaan yang dilakukan dalam setiap keluarga.

“Saya, Anzalna dan Afifah walaupun terlibat dalam bidang hiburan tapi kami tak pernah wujud perasan untuk berlawan di antara satu sama lain.

“Macam saya sendiri suka berlakon di depan kamera sebab itu saya menceburi bidang ini mengikut jejak langkah Anzalna dan Afifah.

“Kalau ikutkan saya sudah lama juga berada dalam industri dan antara drama yang saya lakonkan seperti Dendam Aurora dan Lara Aishah,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Mia ditemui pada majlis sidang media Futbal Fanatix Run @ Shah Alam yang diadakan di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Aktres berusia 27 tahun itu terlibat sebagai salah seorang selebriti yang mengambil bahagian dalam program maraton yang diadakan bersempena ‘demam’ Piala Dunia 2018.

Futbal Fanatix Run akan diadakan 7 Julai ini bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada jam 7.30 malam.

Bercakap mengenai penglibatannya itu, Mia berkata dia sememangnya sukakan aktiviti lasak lebih-lebih yang membabitkan larian marathon.

“Saya memang berminat menceburi larian marathon, yang paling jauh pernah saya sertai sebanyak 20 kilometer. Walaupun terus-terang saya tak minat tengok bola, tapi saya ambil tahu juga pasal Piala Dunia sebab ia satu kejohanan sukan yang besar.

“Kalau dibandingkan antara kami bertiga, saya dan Afifah seorang yang suka melakukan aktiviti kecergasan jika dibandingkan dengan kakak kami, Anzalna. Tapi nanti dalam larian ini pun dia turut serta sebab ada tarian zumba yang juga merupakan salah satu minatnya,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Mia Nasir

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button