Cerita ArtisHiburan

Kamal Adli Sediakan RM3,000 Untuk Duit Raya Anak Buah

Untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri anak-anak saudaranya, pelakon Kamal Adli memperuntukkan sebanyak RM3,000 untuk diagihkan sebagai duit raya kepada mereka.

Mempunyai seramai 60 anak buah, Kamal berkata keadaan ekonomi semasa yang semakin baik membolehkannya menyumbang seperti mana yang telah diperuntukan itu.

“Anak-anak buah saya ramai jadi tahun ini saya memang dah peruntukan jumlah tertentu. Tahun ini saya akan balik ke kampung halaman di Pekan, Pahang untuk sama-sama meraikan Aidilfitri dengan kaum keluarga.

“Jika orang ramai tertentu nak makan lemang dengan rendang ayam atau daging, ia berbeza buat saya apabila saya lebih suka makan lemang dengan sardin. Itu antara menu raya yang paling saya nantikan sekali,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Menurut Kamal, setiap kali raya, ibunya tidak lupa untuk memasak mi sup dan nasi dagang untuk dihidangkan pada para tetamu yang berkunjung.

Menceritakan kenangan raya ketika zaman kanak-kanak, aktor berusia 32 tahun itu berkata dia dan rakan-rakan akan berlawan main meriam buluh dengan budak-budak dari kampung seberang.

“Masa budak-budak dulu, pukul empat pagi kami masih lagi berjaga dan lawan bermain meriam buluh dengan budak kampung sebelah sampai jiran-jiran menjerit ‘Tidurlah esok nak raya’, itu antara kenangan yang saya tak boleh lupakan,” katanya yang menjadikan aktiviti sukan bermain futsal salah satu daripada tentatif hari raya bersama sanak saudara di kampung.

“Memang setiap tahun kami akan adakan aktiviti futsal raya bagi merapatkan lagi silahtuhrahim sebelum semua kembali semula bekerja selepas sambutan raya,” ujarnya lagi.

Kamal akan kembali ke set penggambaran drama bersiri Banteras pada hari raya kelima. Drama arahan Ghaz Abu Bakar itu turut dibintangi oleh Khir Rahman dan Sangeeta Krishnasamy. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button