Cerita ArtisHiburan

Sambutan Aidilfitri: Hafreez Adam Bawa Keluarga Bercuti Luar Negara

Pelakon yang kini semakin meletup dengan drama bersiri Monalisa, Hafreez Adam mengambil kesempatan bercuti di luar negara bersama ahli keluarganya sempena musim perayaan ini.

Enggan mendedahkan destinasi percutian mereka sekeluarga, Hafreez yang bertolak semalam berkata ia sebagai salah satu cara terapi untuk merehatkan diri memandangkan dia sibuk bekerja sepanjang bulan Ramadan lalu.

“Saya bercuti selama seminggu untuk sambutan hari raya. Raya pertama dan kedua saya beraya di kampung halaman di Muar. Saya dan keluarga kemudiannya terbang bercuti ke luar negara pada raya ketiga.

“Bukan apa sekarang kemeriahan raya sudah tidak lagi dirasai di kampung, jadi kami sekeluarga ambil kesempatan bercuti bersama selain dapat meluangkan masa di antara satu sama lain,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Hafreez bakal muncul dengan drama adaptasi novel Pencuri Cinta Kelas Satu digandingkan bersama Emma Maembong telah menjalani penggambaran bulan Ramadan lalu dan akan kembali ke set penggambaran selepas cuti rayanya tamat.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perhubungannya dengan aktres Zara Zya, Hafreez berkata dia cukup senang dengan karakter dan peribadi Zara yang disifatkan seorang yang periang dan ceria.

“Sebenarnya saya dah lama kenal dengan dia malah drama pertama saya berlakon pun dengan dia. Tapi biasalah masa mula-mula masuk dalam industri, saya ada masalah kurang keyakinan diri.

“Tapi sejak berlakon sekali dalam drama Monalisa, saya berani mendekatinya dulu sebab terpikat dengan perwatakan Zara malah keluarga pun tak menghalang hubungan kami kerana walaupun dia seorang selebriti namun dia tak pernah terpalit dengan cerita kontroversi,” katanya lagi.

Menurut Hafreez, 28, lagi, dia menjadikan air kegemaran Zara sebagai ‘senjata’ untuknya mendekati aktres itu sebelum hubungan mereka semakin rapat dari hari ke sehari.

“Kalau nak tahu, air Starbucks sebenarnya menjadi pengikat cinta kami. Saya tahu dia suka minum Starbucks, jadi setiap kali kalau nak jumpa dia, saya siap-siap dah beli air kegemarannya dan dari situ dia dah mula perasan yang saya menaruh hati kepadanya,” ceritanya lagi. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Hafreez Adam

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button