Cerita ArtisHiburan

Henti Lakukan Gimik Murahan, Yakinlah Pada Produk Sendiri

Keputusan penyanyi Haqiem Rusli untuk tidak jadi bersara daripada bidang nyanyian sememangnya sudah dijangka ramai sejak awal lagi.

Malah, kenyataan yang dibuat penyanyi itu mengenai depression yang dialaminya itu sekadar gimik juga tidak mengejutkan, biarpun mendapat kritikan ramai pihak.

Sebelun ini, ramai menjangkakan apa yang dilakukan oleh pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) itu semata-mata mahu melancarkan single terbaharunya berjudul Selamat Tinggal Sayang.

Sebenarnya, Cik Kopi pun dah boleh agak ‘strategi’ yang dilakukan ini, tetapi hairan kenapa perlu lakukan gimik murahan yang sebegini.

Cik Kopi dah dengar single terbaharu penyanyi ini, tidak dinafikan ia sebuah karya yang bagus dan menepati citarasa pendengar masa kini.

Namun, Cik Kopi sendiri tertanya-tanya sama ada ini merupakan strategi Haqiem Rusli atau pihak syarikat rakaman bagi tujuan promosi lagu tersebut.

Bercakap tentang gimik, Cik Kopi teringat kembali kepada Nabila Razali. Muat naik gambar mesra berdua dengan pelakon Aedy Ashraf sehingga ramai yang menyangka mereka bercinta.

Rupa-rupanya, ia sekadar gimik untuk pelancaran single Pematah Hati dan Aedy pula merupakan artis yang terbabit dalam muzik videonya.

Biarpun mendapat kecaman ramai pihak terutamnya netizen, namun lagu tersebut berjaya melonjakkan nama Nabila Razali dan lagu Pematah Hati menjadi siulan ramai.

Persoalannya, perlu ke nak cipta gimik murahan sebegini? Lagipun banyak cara lain lagi yang boleh digunakan untuk mempromosikan sesebuah produk atau karya.

Sayang… karya yang bagus telah dirosakkan oleh taktik gimik murahan yang sengaja dicipta. Bagi Cik Kopi, seseorang artis terutamanya penyanyi perlu yakin dengan produk sendiri.

Cik Kopi harap tiada lagi gimik-gimik sebegini dilakukan oleh mana-mana artis. Masih banyak lagi cara promosi yang boleh dilakukan, apatah lagi dalam dunia serba canggih ni terdapat banyak platform yang boleh digunakan.

Cik Kopi: Dah lama tak dengar kisah pelakon dan pelawak Helmi Gimmick. Kemanakah dia menghilang sekarang ni?

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button