AntarabangsaBollywood

Preity Zinta Kongsi Gambar Pakai Bikini Rai Hari AS

Pelakon Preity Zinta yang berkahwin dengan warganegara Amerika Syarikat (AS), Gene Goodenough ada cara tersendiri meraikan hari kebangsaan AS dengan memakai bikini.

Preity, 43, berkongsi gambarnya memakai bikini berimej bendera AS di laman Instagramnya kepada hampir 3.8 juta pengikutnya.

Namun, jangan salah sangka aktres comel itu sebenarnya hanya menggayakan baju dengan gambar bikini di hadapannya.

“Selamat hari kebangsaan kepada semua yang meraikannya. Saya sayang rumah baharu (negara) saya. Suami belikan saya bikini Amerika ini dan saya rasa hari ini paling sesuai untuk menggayakannya,” tulisnya.

Aktres comel ini berkahwin dengan Gene pada 29 Februari 2016. Preity kini menetap di negara Uncle Sam itu kerana mengikut suaminya yang bekerja di situ. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button