AntarabangsaHollywood

Peminat Teruja Beyonce Beri Bayangan Hamil Anak Keempat

Peminat penyanyi popular, Beyonce Knowles teruja dan percaya yang idola mereka kini sedang hamil anak keempat hasil perkahwinan dengan rapper, Jay-Z.

Menurut kebanyakan peminat yang sempat mengikuti konsert jelajah pasangan suami isteri itu, On The Run II, Beyonce sering mengusap bahagian perutnya tatkala sedang membuat persembahan selain terdapat perubahan fizikal pada badan penyanyi berusia 37 tahun itu.

Selain itu, sepanjang konsert berlangsung, Jay-Z yang lebih banyak melatari pentas berbanding isterinya walaupun itu merupakan konsert mereka bersama.

Peminat mula membayangkan Beyonce seolah-olah memberi bayangan sedang berbadan dua kerana pergerakan yang dibuat di atas pentas itu serupa ketika dia sedang hamil anak pertama, Blue Ivy Carter, tujuh tahun lalu.

Sehingga kini pihak pengurusan Beyonce dan Jay-Z belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjawab persoalan peminat mereka.

Hasil perkahwinan pada 4 April 2008, pasangan paling berpengaruh di dunia itu memiliki tiga cahaya mata, Blue Ivy, 6, dan pasangan kembar, Sir dan Rumi yang genap mencecah usia setahun pada bulan lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button