AntarabangsaHollywood

Liam Hemsworth Kongsi Video Lucu, Tepis Gosip Berpisah Dengan Miley

Pelakon Liam Hemsworth memuat naik sebuah klip video berdurasi 10 saat menerusi Instagram Story baru-baru ini sekali gus menutup khabar angin mendakwa dia sudah berpisah dengan tunangnya, penyanyi dan pelakon Miley Cyrus.

Menerusi video itu, Liam dan Miley sedang menari dalam kereta menunjukkan aksi mesra mereka berdua kepada lebih 10 juta pengikut Instagram aktor berkenaan.

Sebelum ini gosip hangat bertebaran mendakwa pasangan ini berpisah susulan Miley yang dikatakan enggan mempunyai anak dalam masa terdekat berbeza dengan Liam yang mahu segera menimang cahaya mata.

Perkara itu dikatakan membawa kepada perbalahan sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Namun gosip terbabit segera terjawab apabila Liam berkongsi video itu bagi merungkai persoalan tersebut.

Liam, 28, dan Miley, 26, bertemu buat kali pertama ketika digandingkan menerusi filem The Last Song pada 2010.

Sejak itu mereka mula berpacaran dan mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian.

Mereka bagaimanapun berpisah selepas itu sebelum Miley dikaitkan bercinta dengan Patrick Schwarzenegger manakala Liam dengan Maika Monroe dan Eiza Gonzalez.

Pada 2016, pasangan ini kembali bersatu sebagai kekasih dan ketika ditanya pihak media adakah Liam menyesal berpisah dengan Miley, aktor itu menjawab, “Pastinya perpisahan itu satu perkara yang sukar. Tapi pada ketika itu kami mempunyai berlainan matlamat dan tujuan hidup. Kini semuanya sudah tertulis untuk kami berbaik semula dan kembali bercinta.” – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button