AntarabangsaHollywood

Rakan Risau, Mahu Demi Lovato Bersara Dari Dunia Seni

Rakan-rakan baik kepada penyanyi dan pelakon Demi Lovato menunjukkan keprihatinan mereka dengan meminta agar Demi bersara daripada terlibat dalam industri seni.

Menurut mereka, kemurungan yang dialami Demi sebelum ini adalah disebabkan tekanan yang dihadapinya sepanjang bergelar anak seni.

Minggu lalu, Demi dikejarkan ke hospital selepas penyalahgunaan dadah. Dia dikatakan mengambil bahan terlarang itu sebagai salah satu ‘terapi’ untuk mengubati penyakit kemurungan yang sudah lama dialaminya.

“Demi perlu segera berhenti daripada dunia seni. Dia sudah terlalu lama melibatkan diri sejak berusia 13 tahun lalu dan tidak pernah sekali pun dia menikmati kehidupannya malah jarang-jarang mendapat cuti,” kata seorang rakannya.

Ibu Demi, Dianna De La Garza turut melahirkan kebimbangannya mengenai anak perempuannya itu namun tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Demi seronok bekerja memiliki duit sendiri sejak awal remaja.

“Ibu Demi sangat risaukan keadaan kesihatan anaknya. Jika Demi mahu kembali sihat, dia perlu keluar dari industri seni. Ini kerana jika dia tidak berbuat demikian, ia akan mengancam kehidupan Demi di masa akan datang,” kata sumber lagi.

Demi, 26, kini masih ditahan di Hospital Cedars Sinai, Los Angeles dan bekas teman lelakinya, Wilmer Valderrama dilihat setiap hari sentiasa melawat bagi memastikan kesihatan Demi berada dalam keadaan baik. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button