
Mahadzir Lokman Meninggal Dunia Dalam Bilik Hotel Subuh Tadi
Personaliti popular, Datuk Mahadzir Lokman dilapor meninggal dunia selepas menunaikan solat Subuh, awal pagi Jumaat.
Mahadzir ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Kota Kinabalu, Sabah. Allahyarham difahamkan berada di Sabah atas urusan kerja.
Berita kematiannya itu disahkan oleh adiknya, Ida Lokman. Punca kematian Allahyarham bagaimanapun masih belum diketahui lagi.
Tahun lalu, Mahadzir, 61, pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.
Allahyarham memulakan kerjayanya di TV3 sebagai penyampai berita berbahasa Melayu dan Inggeris. Mahadzir yang boleh bertutur dalam enam bahasa itu juga pernah bergelar pengacara program hiburan popular, Melodi. – KopiPlanet.com