
Niall Horan & Hailee Steinfeld Pamer Kemesraan Di Tempat Umum
Walaupun belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mesra di antara mereka namun berdasarkan gambar intim kedua-duanya, Niall Horan dan Hailee Steinfeld digosipkan kini sedang bercinta.
Menerusi foto-foto yang dibidik oleh paparazi menunjukkan kedua-duanya saling berpegangan tangan serta berciuman ketika sedang membeli barang keperluan di pusat beli-belah Target, baru-baru ini.
Berpakaian sedondon putih dan denim, Niall dan Hailee tidak mempedulikan kehadiran paparazi sebaliknya meneruskan aktiviti mereka seperti biasa.
Hubungan di antara ahli kumpulan One Direction itu sudah mula diperkatakan sejak awal tahun ini apabila mereka hadir berpasangan ketika menonton konsert Backstreet Boys di Las Vegas, Februari lalu.
Hailee juga sebelum ini pernah mengakui kepada sebuah media pada Mei lalu yang dia kini sudah jatuh cinta dan bertemu jejaka idamannya tanpa mendedahkan identiti lelaki tersebut. – KopiPlanet.com