AntarabangsaHollywood

Kim Kardashian Nafi Gosip Sedang Hamil Anak Keempat

Personaliti popular, Kim Kardashian menafikan khabar angin mendakwa dia dan suami, Kanye West kini sedang menantikan kelahiran anak keempat.

Menurut Kim, dia masih belum berbadan dua seperti yang dihebohkan peminatnya.

Memetik E!news, Kim berkata, “Saya tidak tahu macam mana gosip itu boleh tersebar. Saya ada baca mengenainya dan semuanya tidak benar.”

“Kami akan memulakan penggambaran Keeping Up With The Kardashians untuk musim ke-16 minggu depan dan sekiranya saya hamil pasti anda akan dapat melihatnya nanti. Tapi apa yang boleh saya sahkan ialah saya tidak mengandung buat masa ini,” jelasnya.

Hasil perkahwinan dengan rapper itu, Kim mempunyai tiga cahaya mata, North, 5, Saint, 2, dan anak yang dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang iaitu Chicago yang kini berusia lapan bulan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button