Cerita ArtisHiburan

Siti Jadi Tumpuan Majlis Kahwin Sampai Pengantin Disisihkan, Ini Jawapan Rozi!

Agenda hujung minggu pastinya sering kali dipenuhi dengan undangan perkahwinan daripada sanak saudara mahupun sahabat handai.

Ia tidak terkecuali buat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila beliau diundang ke majlis persandingan pekerjanya.

Bukan sahaja hadir sebagai tetamu, Siti turut menghiburkan tetamu dengan mendendangkan sebuah lagu khas buat pasangan mempelai.

Video Siti berkunjung ke majlis itu disiarkan oleh pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi laman Instagramnya.

#Repost @rozisangdewi ・・・ Video ini dikatakan telah trending dan viral, diambil dari IG saya (walaupun tak dinyatakan kredit atau sumber video), saya yang upload.Dalam video tersebut saya ada cakap (walaupun tak berapa nak dengar) CF muka risau sebab biasa dia yang jaga boss. Sesiapa yang viralkan video ini anda tidak bertanggungjawab dalam beberapa perkara dan telah membuatkan netizen memberikan komen-komen negatif kepada pengantin khususnya. Ini bagi saya tidak adil kepada pengantin iaitu Siti Fairuz @cteafairuz yang kami panggil CF. Video ini trending di youtube dan dipanjang-panjangkan ke sosial media, dan hanya diambil sebahagian saja daripada video asal. 1. CF adalah colleague saya dan staff @ctdk. Dia lebih maklum hal mengenai @ctdk, dia menjaga @ctdk selama ini dan tidak timbul soal-mengapa ajak @ctdk? Pengantin tak jadi tumpuan, pengantin tak laku, pengantin cuak! Ada yang kata, lain kali jangan ajak @ctdk dan sebagainya. Anda harus tahu, @cteafairuz menunjukkan reaksi risau kerana walaupun dia pengantin, dia masih rasa tanggungjawab sebagai tuan rumah, sebagai staff kepada @ctdk dan tentunya dia mahu memastikan @ctdk dapat menjamu selera dengan selesa. Tidak timbul soal tak suka, tak senang dengan kehadiran @ctdk kerana anda tidak tahu, betapa besar harapan @cteafairuz untuk @ctdk hadir ke majlis beliau. 2. Sebagai orang yang menularkan video ini, dengan caption seolah-olah mempermainkan pengantin, anda tidak menerangkan siapakah pengantin, apakah hubungan pengantin dengan @ctdk atau sekurang-kurangnya menyatakan sumber video agar orang yang menonton, dapat gambaran sebenar. Apa yang anda buat telah menyebabkan, macam-macam komen yang ‘memalukan’ serta menjatuhkan air muka pengantin. 3. Saya rasa bertanggungjawab menjelaskan ini kerana video tersebut saya yang upload dan saya sendiri berkata bahawa CF risau sebab selalunya dia yang menjaga boss atau @ctdk. 4. Satu hari yang menggembirakan pengantin menjadi satu momen yang memalukan dengan apa yang anda sudah lakukan. 5. Saya tujukan kepada semua admin youtube dan media sosial yang telah mengambil sebahagian video dari IG saya dan membiarkan netizen memberikan komen yang sangat negatif untuk dibaca.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Namun, berlaku sedikit kontroversi apabila netizen menyalah tafsir sebuah video yang mana menunjukkan sebahagian tetamu mengerumuni Siti ketika beliau sedang menjamu selera dan seolah-olah mengabaikan pasangan raja sehari yang sepatutnya perlu diberi lebih perhatian oleh jemputan.

Menerusi video itu, kebanyakan akaun laman sosial membuat parodi seolah-olah pasangan pengantin merasa sedih kerana diabaikan oleh tetamu yang lebih memberikan tumpuan kepada Siti.

Bagi menjawab perkara itu, Rozi memuat naik sebuah kapsyen penerangan di Instagram menerangkan perkara sebenar yang mana pengantin perempuan iaitu Siti Fairuz kelihatan sedemikian seperti dalam video itu adalah kerana dia risau sekiranya makanan tidak mencukupi untuk dijamah majikannya iaitu Siti dan bukannya seperti yang diuar-uarkan oleh kebanyakan video parodi tersebut.

Menurut Rozi lagi, dia menujukan statusnya itu kepada admin-admin youtube yang mana telah menularkan video tersebut, seolah-olah mempermainkan pengantin.

“Sebagai orang yang menularkan video itu dengan kapsyen seolah-olah mempermainkan pengantin, apakah hubungan pengantin dengan Siti atau sekurang-kurangnya menyatakan sumber video agar orang yang menonton dapat gambaran sebenar.

“Apa yang anda buat telah menyebabkan bermacam-macam komen ‘memalukan’ serta menjatuhkan air muka pengantin. Satu hari yang menggembirakan pengantin menjadi satu momen yang memalukan dengan apa yang anda sudah lakukan,” tulis Rozi.

Sementara itu, Siti turut memuat naik entri yang dimasukkan Rozi itu ke laman Instagram miliknya bagi menjelaskan keadaan sebenar buat 5.5 juta pengikutnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button