
Seramai sembilan penyanyi popular era 90-an bergabung tenaga bagi menghiburkan peminat menerusi satu konsert berskala besar, Konsert Fenomena D’Pop yang bakal diadakan pada 28 September ini bertempat di Dewan Banquet, Menara Felda Kuala Lumpur.
Bintang yang bakal membuat persembahan istimewa pada malam itu terdiri daripada Datuk M. Daud Kilau, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil, Zur Eda, Amelina, Zamani Slam, Siti Nordiana dan Haiza.
Para peminat akan dihiburkan dengan pelbagai seleksi lagu-lagu hit dangdut dan pop sepanjang zaman yang pastinya mengundang nostalgia dari zaman 70-an hingga 90-an.
Disamping berhibur, konsert yang buat julung kali dianjurkan Wide Lane Event & Management ini turut diadakan bagi mengumpul dana untuk Majlis Kanser Malaysia (MAKNA).
Pengarah Strategiknya, Rashid Ramli berkata sebahagian kutipan daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada MAKNA menerusi pembelian pakej tiket yang berharga dari RM200 hingga RM1,000.
Selain itu, penonton juga berpeluang memenangi tiket melancong ke luar negara yang turut disediakan penganjur.
Tiket-tiket boleh didapati dengan menghubungi talian 019-3977830 dan anda juga boleh melayari laman Facebook dan Instagram Fenomenadpop bagi mendapatkan maklumat lanjut. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Fenomena Dpop