Cerita ArtisHiburan

DSV Dikecam Label Peserta Program Gegar Vaganza Artis ‘Sendu’

Belum reda isu kontroversi bersama penyanyi Aishah, usahawan terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) telah dikecam oleh ramai pihak.

Ia berpunca daripada kenyataannya yang mengatakan bahawa ia menaja program berkenaan adalah untuk mengangkat martabat artis yang ‘sendu’.

Berikutan itu, rata-rata netizen di laman sosial telah bertindak untuk mengecam usahawan kosmetik berkenaan gara-gara kenyataan yang dibuat kepada sebuah portal hari ini.

“Ek eleh… apahal plak pertikai dan labelkan artis sendu… at least artis sendu tak menipu.. idea gegarvaganza ni adalah dari Michael Ang.

“DSV ni hanya mencari peluang nak promote barang-barang murahan dia tu. Bukan DSV yang wujudkan GV ni… pirah la dia ni,” ujar netizen yang menggunakan nama @zatycharyl.

Sebelum ini, kontroversi antara DSV dan Aishah mula timbul setelah pemenang tempat pertama Gegar Vaganza 4 itu mendakwa usahawan berkenaan memberikan rantai palsu untuk hadiah sebagai juara.

Dalam pada itu, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook meminta supaya DSV menarik semula perkataan artis sendu pada artis-artis yang terlibat dalam GV Astro. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Vida

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button