
Peluang Menang Hadiah Eksklusif Extreme Ends Bersama KopiPlanet.com
Berita baik buat pembaca setia portal KopiPlanet.com. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah barangan eksklusif Extreme Ends.
Caranya cukup mudah… anda hanya perlu memuat turun (download) poster promo di bawah dan siarkan di laman sosial Facebook dan Instagram (pastikan Instagram anda bukan dalam setting private) berserta dengan kapsyen.
Kapsyen anda hendaklah menggunakan info ini: Program EXTREME ENDS bakal disiarkan SETIAP RABU, jam 9.30 malam di saluran KIX HD (Astro Ch. 729).
Jangan lupa letakkan hashtag #ExtremeEnds #KopiPlanetxKIXHD.
Seramai 10 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah eksklusif yang disediakan serta tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 November 2018.
Extreme Ends sebuah rancangan realiti terbaharu yang memaparkan sisi berlainan kota Hong Kong yang jarang dilawati pelancong.
Dibintangi empat selebriti dari empat negara Asia Tenggara, Siti Saleha mewakili Malaysia dan menyahut cabaran ini bersama suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.
Pasangan yang baru menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka ini gemar menggembara dan sesuai untuk mengalami aktiviti berlainan yang dipilih untuk Extreme Ends.
Setiap episod akan menampilkan seorang selebriti bersama tetamu istimewa mereka menghadapi tema bertentangan yang ekstrem seperti “Tinggi dan Rendah” atau “Siang dan Malam”.
Tema-tema ini akan memaparkan wajah Hong Kong yang jarang dilihat serta mempamerkan perbezaan ketara yang sangat menarik dan ciri khas Hong Kong yang bergaya.
Rancangan berkenaan disiarkan di saluran hiburan aksi KIX HD (Saluran Astro 729) dan ditayangkan secara eksklusif sejak 17 Oktober lalu pada setiap Rabu jam 9.30 malam!