Cerita ArtisHiburan

Ini Kali Pertama Dan Terakhir Saya Bawa Watak Lesbian – Siti Saleha

Walaupun lakonannya sebagai seorang lesbian menerusi filem Tujuh mendapat pujian ramai, namun aktres Siti Saleha menegaskan dia tidak akan lagi memainkan watak seperti itu di masa akan datang.

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, ini kerana dia kini sudah memegang status sebagai isteri dan seharusnya keutamaan diberikan kepada suaminya.”Sudah tentu (saya tidak akan melakonkan lagi watak lesbian).

Watak Tina saya lakonkan enam tahun lalu sudah tentu feel dia lain kalau saya bawakan watak sebegitu pada masa kini sebab saya dah berkahwin dan kena fikir tentang suami.

“Saya tidak rasa suami akan bersetuju dan saya pun menghormati keputusan itu. Walaupun bagaimanapun, suami saya memahami ini adalah kerja dan saya memang tidak akan ambil lagi tawaran yang mana menuntut watak perempuan suka perempuan,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Saleha ditemui pada malam pratonton filem Tujuh yang berlangsung di MM2 Cineplexes, Damansara semalam.

Selain Saleha, Tujuh turut dibintangi Johan Asari, Aeril Zafrel, Riz Amin, Pekin Ibrahim, Cristina Suzanne, Marsha Milan, Faizal Hussein, Wan Hanafi Su, Azad Jasmin dan Dee Dee Nash.

Tujuh yang diarahkan Raja Mukhriz akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 November ini.

Menurut pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini dia pernah melalui pengalaman digoda lesbian ketika di zaman persekolahan dan tidak menyangka akan diberi kesempatan untuk membawakan watak mencabar seperti itu bagi mempelbagaikan portfolionya sebagai seorang pelakon serba boleh.

“Saya dulu sekolah semua perempuan dan masa sekolah dulu memang pernah kena kacau dengan lesbian. Saya takut dan geli sebenarnya bila diganggu macam itu dan bila saya sekarang kena lakonkan watak macam itu, semua bagi sokongan dan Alhamdulillah, saya dah beri yang terbaik.

“Saya tak fikirkan sangat apa yang penonton nak fikir (tentang watak lesbian) sebaliknya saya lebih fikirkan tentang penerimaan suami saya,” katanya lagi.

Saleha berkahwin dengan seorang pegawai kerajaan, Ahmad Lutfi Azhar, 32, pada 28 Julai tahun lalu di TPC Bukit Kiara, Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button