Cerita ArtisHiburan

Monoloque & NJWA Perjuang Muzik Gamelan Untuk Generasi Millenials

Mengambil masa lebih kurang 12 tahun untuk melancarkan single terbaharu, Chinta, penyanyi Monoloque berkata dia berbuat demikian untuk memberikan yang terbaik kepada pendengar.

Menurut pejuang muzik Melayu Nusantara ini, tujuannya adalah untuk melakukan pelbagai penyelidikan mengenai muzik gamelan bagi memberi kesedaran kepada generasi masa kini atau lebih dikenali sebagai millenials.

“Sebenarnya lagu ini saya sudah cipta sejak 12 tahun lalu dan baharu sekarang dapat dilancarkan. Saya memilih NJWA untuk lagu Chinta kerana kekuatan suaranya yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

“Untuk Chinta, saya ketengahkan unsur muzik gamelan bagi membuka mata dan beri kesedaran kepada masyarakat mengenai muzik nusantara ini. Bukannya orang di luar sana tidak tahu, cumanya mereka kurang diberi pendedahan dan itulah tugas saya sebagai pemuzik untuk menghasilkan lagu-lagu rakyat sebegini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Loque ditemui pada majlis pelancaran muzik video dan single Chinta di Lubuk Bangku, Bangsar baru-baru ini.

Menariknya, Chinta turut menampilkan kerjasama denan Orkes Gamelan Diraja dari Muzium Negeri Pahang di bawah naungan Datuk Farid Abdul Jalal.

Kerjasama tersebut merupakan salah satu langkah Loque bagi mengangkat muzik gamelan di persada muzik pada abad ini.

“Usaha ini sebenarnya adalah untuk mengembalikan ingatan kita kepada kesenian lampau yang pernah memenuhi ruang-ruang Istana Kesultanan Pahang yang penuh bersejarah.

“Usaha ini berlandaskan niat untuk menempatkan gamelan di persada yang lebih gah lagi dan bukan sahaja di majlis-majlis rasmi mahupun perkahwinan semata-mata tetapi lebih diterap dalam muzik popular masa kini,” ujar Loque.

Sementara itu, Najwa Mahiaddin yang kini tampil dengan jenama nama baharu iaitu NJWA berkata dia akan mempersembahkan lagu Chinta di Jepun sepanjang melakukan konsert mini jelajah di negara matahari terbit itu.

“Saya akan bertolak ke Jepun hari ini dan akan mengadakan konsert mini di empat lokasi berbeza di Tokyo. Dalam konsert itu nanti saya akan mempersembahkan lagu Melayu seperti Chinta bagi mengembangkan muzik tempatan di sana,” kata NJWA. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button