Cerita ArtisHiburan

Fredo Flybaits Tidak Sangka Lagu Kembali Jadi Siulan Ramai

Penyanyi kumpulan Flybaits, Fredo atau nama sebenarnya, Villenguez Alfredo Valentino @ Mohd Amani Abdullah, 68, tidak menyangka apabila lagu evergreen kumpulan itu, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta kembali menjadi siulan ramai.

Lagu tersebut kini mengungguli beberapa carta platform digital selepas peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Zamani gagal mempersembahkan lagu itu pada minggu kelima konsert itu.

“Situasi yang terjadi pada Zamani pada ketika itu secara tidak langsung telah mempopularkan kembali lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta. Saya berterima kasih kepada Zamani, tetapi dalam masa yang sama berasa simpati dan kasihan apabila dia tidak dapat menyampaikan lagu itu.

“Sudah tentu kalau saya ada pada malam konsert itu, saya akan naik ke pentas dan sama-sama membantunya menyanyikan lagu tersebut,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Fredo ditemui pada acara separuh akhir pencarian Gadis Panca My Beauty 2018 yang berlangsung di pusat beli belah Quill City Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Fredo turut menyatakan kesudiannya untuk menyertai program GV pada musim akan datang sekiranya diberi peluang oleh pihak produksi.

“Siapa yang tak nak masuk rancangan GV. Ia satu program yang bagus apabila penyanyi-penyanyi lama dapat kembali memeriahkan industri seni.

“Bagaimanapun, saya difahamkan pihak produksi yang pilih siapa artis yang datang uji bakat. Saya harap suatu hari nanti akan diberikan peluang untuk sertai GV,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button