Rancangan TVTV

Lapan Protege Sedia Hadapi Saingan Rebut Gelaran Juara Mentor 7

Seramai lapan orang peserta daripada empat mentor telah dipilih untuk meneruskan saingan dalam rancangan Mentor 7 untuk merebut gelaran juara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, menerusi dua konsert mingguan Mentor 7 yang lalu, para mentor telah melalui ujian yang sangat mendebarkan.

“Setiap mentor terpaksa memilih dua protege daripada tiga orang yang telah terpilih untuk meneruskan perjuangan mereka ke peringkat seterusnya.

“Selain itu, komposer terkenal tanah air iaitu Datuk Wah Idris pula dipilih menjadi juri, manakala seorang lagi juri masih menjadi misteri sehingga berlangsungnya konsert ketiga,” ujarnya.

Untuk pemarkahan pula, ia masih lagi mengekalkan konsep yang sama berdasarkan penjurian oleh juri tetap (50%), undian atas talian di laman web www.xtra.com.my (30%) dan juri awam (20%).

Bagaimanapun, kaedah undian untuk kali ini akan berbeza dengan cara yang sebelum ini iaitu undian hanya dibuka setelah selesai persembahan semua protoge.

“Hanya 10 minit sahaja masa yang diperuntukkan untuk mengundi. Kemudian undian akan ditutup bagi proses pengiraan setelah tamat persembahan artis jemputan,” jelasnya.

Untuk musim ini, seramai empat orang mentor diberi tanggungjawab untuk melatih protege masing-masing iaitu Datuk Syafinaz, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana.

Dihoskan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahazan, Mentor 7 sudah mula bersiaran pada 28 Oktober lalu setiap hari Ahad bermula pukul 9.00 malam di TV3. – KopiPlanet.

Protege Siti Nordiana

– Taufiq Rodzi
– Zaaim Abdullah

Protege Hafiz Suip
– Muhammad Azmirul Hafiz Azman
– Mohd. Amal Mohd. Faudzi

Protege Aizat Amdan
– Faizul Ashraf Fauzi
– Mohd Adzuan Mazlan

Protege Datuk Syafinaz
– Farranisha Shazwany Mohd. Faizul
– Lazarul Afiezy Zakaria

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button