
Penyanyi Siti Sarah dan Ara Johari antara penyanyi yang berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Final Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) menerusi pengumuman yang dibuat selepas berakhirnya separuh akhir Muzik Muzik 33.
Siti Sarah yang membawakan lagu berjudul Semakin ciptaan sepenuhnya Mera Utama juga muncul lagu terbaik untuk minggu pertama, manakala Bunga nyanyian Ara ciptaan ciptaan Hang Nadim, Laq, Kadok dan lirik oleh Hang Nadim menjadi lagu terbaik minggu kedua.
Selain lagu Semakin dan Bunga, lain-lain lagu yang turut layak bertanding di saingan akhir AJL 33 antaranya seperti Syamel (Kau Pun Sama), Misha Omar (Sampai Bila), Hael Husaini & Dayang (Haram) dan Khai Bahar (Luluh).
Turut menempah tiket ke pentas final AJL 33 adalah Altimet (Bunga), Haqiem Rusli ft Amanra (Jatuh Bangun) Amylea & Kaer (Tak Pernah Hilang), Hael Husaini (Hajat), Sufian Suhaimi (Di Matamu), Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Nisan Cinta).
Saingan separuh akhir Muzik-Muzik menampilkan sebanyak 30 buah lagu yang bertanding dalam merebut 12 tempat ke saingan final nanti.
Kesemua lagu-lagu berkenaan diadili beberapa orang juri seperti Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan diketuai oleh Datuk Mokhzani.
Acara AJL 33 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari 2019. – KopiPlanet.
Senarai Lagu Yang Layak Ke AJL 33
1. Siti Sarah – Semakin
2. Ara Johari – Bunga
3. Syamel – Kau Pun Sama
4. Misha Omar – Sampai Bila
5. Hael Husaini & Dayang – Haram
6. Khai Bahar – Luluh
7. Altimet – Bunga
8. Haqiem Rusli ft Amanra – Jatuh Bangun
9. Amylea & Kaer – Tak Pernah Hilang
10. Hael Husaini – Hajat
11. Sufian Suhaimi – Di Matamu
12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor – Nisan Cinta