
Cara Delevingne & Ashley Benson Berkahwin Secara Senyap-Senyap?
Topik perbincangan mengenai kisah percintaan dan perkahwinan bintang Hollywood antara yang sering menjadi perhatian. Apatah lagi apabila membabitkan kisah perhubungan terlarang iaitu sesama jantina.
Itulah yang menjadi perhatian iaitu hubungan antara Cara Delevingne dan Ashley Benson. Sebelum ini, ramai yang mengetahui Cara pernah rapat dengan Paris Jackson.
Agak lama tidak mendengar kisah mengenai pasangan berkenaan, kini terdapat khabar angin yang mengatakan Cara dan Ashley yang merupakan bintang utama filem Spring Breakers itu sudah berkahwin secara senyap-senyap.
Khabar angin berkenaan tercetus setelah baru-baru ini apabila pasangan tersebut yang berada di sebuah hotel di London, England dilihat memakai cincin yang sama di jari manis masing-masing.
Ia menyebabkan ramai yang beranggapan pasangan itu sudah berkahwin. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan yang dibuat oleh kedua-duanya.
Hubungan terlarang kedua-dua pelakon itu mula dihidu pihak media sewaktu mereka muncul di Lapangan Terbang Heathrow London pada bulan Ogos lalu.
Cara dan Ashley dilihat beraksi dengan cukup mesra seperti pasangan kekasih dan Ashley juga sempat dilihat memakai rantai yang tertera dengan huruf ‘C’. – KopiPlanet.com