Gaya Hidup

Purina Lancar Tiga Menu Makanan Kucing Yang Diperbaharui Nutrisi

Terus memberikan terbaik, jenama makanan kucing Purina memperkenalkan tiga lagi menu makanan kucing baharu yang diperbaharui untuk si comel anda.

Tiga produk tersebut iaitu Purina One, Fancy Feast dan Felix yang merupakan sebahagian daripada kempen ‘Make a PAWsitive Difference (Lakukan Perubahan Positif).

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Purina Petcare, Lam Pui Yee, produk inovasi itu diperbaharui dengan ramuan yang terbaik dan berkualiti untuk haiwan peliharaan kekal aktif dan sihat.

“Sejak 85 tahun lalu, Purina berpegang teguh pada kepercayaan bahawa haiwan peliharaan dna tuan mereka melengkapi satu sama lain. Ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk terus menambah baik pemakanan haiwan peliharaan.

“Inovasi ini dibuat dengan mengambil kira nutrisi haiwan peliharaan anda agar mereka kekal aktif dan sihat,” katanya.

Purina One mengandungi ramuan berkualiti tinggi dengan lebih 30 peratus protein di mana daging merupakan ramuan utama, manakala Fancy Feast Dry Gourmet Food kini boleh didapati dalam bungkusan lebih besar.

Bersama dengan pelbagai pilihan makanan basah, Fancy Feast Dry Gourmet Food melengkapkan pengalaman kuliner makanan yang digemari kucing. Ia terbukti apabila Fancy Feast menjadi pilihan kucing selebriti Malaysia, Bujibu Chempel.

Makanan basah Felix baharu pula dibuat mengikut resipi dari Jepun yang mana ia mengandungi ketulan daging panggang dalam jeli perang keemasan dengan bau yang menambah selera. Felix boleh didapati dalam enam jenis iaitu Tuna untuk kucing dewasa, Salmon, Ayam, Makerel, Sardin dan Tuna untuk anak kucing. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button