AntarabangsaKpop

Jungkook BTS Tersenarai 10 Selebriti Paling Kacak 2018

Ahli kumpulan BTS Jungkook telah disenarai sebagai salah seorang daripada 10 lelaki paling kacak dunia oleh sebuah media Amerika Syarikat, Gazette Review baru-baru ini.

Jungkook merupakan satu-satunya selebriti dari Asia yang tersenarai dalam carta tersebut.

Jejaka berusia 21 tahun itu tersenarai di kedudukan kesembilan. Menurut Gazette Review, kebanyakan yang tercalon itu bukanlah diukur bersandarkan kepada kekacakan rupa paras semata-mata sebaliknya, kejayaan, kebijaksanaan dan karisma mereka turut diambil kira.

Antara selebriti popular yang berjaya tersenarai dalam carta itu selain Jungkook ialah Channing Tatum, Zayn Malik, Enrique Iglesias, Chris Hemsworth, Johnny Depp, George Clooney, Barun Sobti and Chris Evans. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button