
Zarina Anjoulie Mohon Maaf Tuduh Ifa Raziah Ada Skandal
Selepas memuat naik sebuah video mendakwa Ifa Raziah mempunyai skandal dengan bekas teman lelakinya, hari ini Zarina Anjoulie tampil membuat permohonan maaf di atas perkara tersebut.
Permohonan maaf Zarina dibuat menerusi ‘direct message’ itu dikongsikan Ifa menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.
“Saya tak suka bergaduh dengan orang kecuali kalau orang itu kacau saya. Orang buat macam-macam kat saya, tetapi kalau orang itu minta maaf, saya akan ‘cool down’.
“Saya boleh terima dan saya boleh berkawan semula dengan mereka. Tapi jangan buat kali kedua,” tulisnya.
Menurut Ifa, dia sudah memaafkan Zarina selepas pelakon drama Anak Pontianak itu terlebih dahulu mengakui kesilapan yang telah dibuatnya.
Sehubungan itu, Ifa meminta agar semua pihak melupakan insiden tersebut dan terus menjalani kehidupan seperti biasa.
Zarina sebelum ini menerusi Live Insta-nya mendakwa bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Hakim menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi dangdut berkenaan.
Ternyata tuduhan berkenaan lantas menyentak perasaan Ifa yang sudah mempunyai suani serta dua cahaya mata itu.
“Ifa ada keluarga, ada suami, ada anak-anak. Apa perasaan mereka bila tengok video ini. Ifa tak pernah kacau siapa pun, kenapa orang buat macam ini kat Ifa,” luah Ifa. – KopiPlanet.com