
Puteri Aishah Dikecam Netizen Sebab Pakai Seksi Lagi
Haih, nampaknya pelakon Puteri Aishah tidak dapat lari daripada terus dikecam netizen gara-gara pemakaiannya yang dikatakan agak seksi.
Terbaharu menerusi sebuah video yang dikongsikannya menerusi laman Instagram, Puteri Aishah kelihatan bercanda di tepian pantai ditemani angin sepoi-sepoi bahasa.
Dalam keasyikan pelakon itu berkongsikan video tersebut, netizen nampaknya lebih terarah untuk memberi komen mengenai cara pemakaiannya.
Walaupun tidak menunjukkan sepenuhnya bahagian badan dalam video itu, namun rata-rata netizen mengandaikan aktres itu hanya memakai bikini berdasarkan kepada baju tali halus yang dipakainya.
Pelbagai komen kasar yang diterima pelakon Selafaz Cinta itu termasuk ada yang mempertikaikan agama dan juga maruah dirinya.
Walaupun begitu, tidak semua netizen mengutuk Puteri Aishah, ada juga segelintir daripada mereka yang mendoakan agar pelakon itu diberi hidayah oleh Allah SWT suatu hari nanti. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Puteri Aishah